Ziarah Perak
Malam Ahad seminggu sebelum :
Aku boring melayan cerekarama di tv, berguling ke sana kesini tanpa arah.. telefon berbunyi..sistem pesanan ringkas dari ijan terpapar di skrin..”jom lepak Yus!” tanpa segan silu aku menukar seluar dan bergegas ke restoran Yus. Mat je dan Najib pon ada ..kita minum-minum dan borak-borak.. Mat je bertanya Ban-Ban mana? aku jawab tak tau..lantas Mat Je menelefon Ban-Ban..”Oi lanat! datang yus minum!”…15minit kemudian terpacul Ban-Ban di meja..jadi..borak-borak lepak-lepak lagi.. tetiba terbuka citer pasal Pasar Karat kat Ipoh.. dengan tak secara sengaja Ban-Ban kata “Jom Jat!” aku tersenyum seraya berkata “tadahalll..Bila? sabtu depan jom!”.. kami tersengih.. satu lagi penjelajahan bakal terjadi.
Sabtu 5:00 petang :
Selepas menghadiri kenduri perkahwinan Fendi Endro..Aku menjemput Ban-Ban di Seksyen 3. Kami bergerak dan singgah di stesyen minyak Seksyen 10..Tuang minyak dan set alat penyukat perjalanan pada 0km…menyusuri lebuhraya Seremban-KL..Jalan Istana..Jalan Duta dan memasuki Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara…ini kali kedua aku menghala ke utara memandu kereta selepas pergi ke Sungkai, Perak pada tahun 2008, dengan gerak hati yang kuat kami menuju ke Bandaraya Ipoh dengan harapan maseh ada tempat menginap disana..Ban-Ban pun boleh dikira dengan jari berapa kali dia ke Ipoh..aku lagi lah tak pernah.. oleh itu kami betul-betul buta keadaan Ipoh..tapi redah ajalah..ha..ha..

9:30 malam :
Berpandukan apa yang Si Kumprinx nyatakan di dalam pengembaraannya mengelilingi Malaysia di dalam blognya ada satu hotel bajet bertaraf 8 bintang di Ipoh. berpusing-pusing aku mencarinya di Ipoh..akhirnya bertemu juga.. Hotel Stesyen Keretapi..memang WOW! senibina yang betul original dari zaman kolonial.. betul-betul inggeris lah..apalagi letak kereta berlari aku naik keatas..diberitakan terdapat satu lif tua di dalam bangunan ini..lif ada pintu! buka pakai tangan..ada dua lapis pintu dia.. setelah puas turun naik bermain lif tua itu kami ke kaunter..seperti dipanah petir rasa bila diberitahu..bilik PENUH! ha..ha… melepas pakej sarapan free..
10:45 malam :
Masih lagi terkial-kial dalam Bandaraya Ipoh, berpusing-pusing mencari arah tujuan..semua hotel kami redah semua penuh! penuh! penuh!..ya rabbi macamana ini kawan… segala hotel dari mahal sampai bertaraf koboi… semua penuh la.. “Arghhhhhhh aku nak tengok AIM ni kat NTV7…cepatlah woooiiii!!” aku menjerit di dalam kereta.. akhirnya kereta aku terhenti betol-betol dihadapan sebuah hotel separa maju dan separa tak best..ahhh mampuslah janji aku boleh baring-baring…tak tahan dah ni..tulang belakang macam dah boleh lipat tiga dah ni.. Ban-Ban melaksanakan tugas rasminya iaitu mengusyar kamar yang masih kosong..dapat lah satu bilik…katil permaisuri… sambil menunjukkan isyarat bagus aku memunggah barang dari kereta untuk ke lobi..”Lu mahu bilik lagi satu ka?” kata amoi penjaga kaunter tu sambil memandang Ban-Ban setelah melihat aku.. lantas aku membuat muka ala-ala homo..dan amoi tu mengangguk paham..tepaksalah wat muka homo sebab tak nak bilik asing kan..kalau tak..tak bajet la kali ni..haa…haa…ha.. naik bilik lempar semua barang..terus baring tengok AIM.. sambil menyedut lemak-lemak marlboro..

12.03 malam :
Perut Ban-Ban yang paling lapar sekali waktu tu..pasal tu perut dia buncit.. aku biasa la..perut senantiasa tegang je macam hero maskulin..siap ada 6 ketul apam je kat perut.. apalagi jom la cari makanan..tanpa mandi dan menyikat rambut kami turun ke Bandar Ipoh..memang meriah meriah dengan “feng-tau”.. terdapat sebuah kawasan ala-ala pasar malam..kalau kat KL kira macam “Downtown” lah… jual barang-barang “bundle” dan barang-barang tiruan..sempat la masuk jalan-jalan kat situ.. tapi tujuan utama masih lagi mencari kedai makanan halal.. kebanyakannya kedai makanan cina je yang buka di waktu malam..hmmm bagi aku setelah beberapa batang jalan aku lintas bagi aku Ipoh memang betul-betul “mati” waktu malam.. nak makan pun susah..walau bertaraf Bandaraya.. aktiviti liar seperti disko-disko dan pub-pub murahan memang bersepah macam dunia baru lepas dapat hujan emas! kedai-kedai arak macam biasalah macam kedai jual ubat.. tapi nak buat macamana..majoriti disitu memang berkehendakkan situasi macam tu..kene hormatlah.. aku rasa KL lagi suci dari Ipoh kalau waktu malam.. kalu ada banglo semurah RM 500 dalam bandar Ipoh pun aku tak beli rasanya.. itulah peninggalan kesan dari kejuruteraan sosial di negeri Perak bermula kurun ke-18 dahulu.. akhirnya kami menemui sinar halal di sebuah kedai yang agak suram pengunjungnya.. kedai masakan kelantan…apalagi bedal la..sampai buntang anak mata!

Ahad 8:00 pagi :
Malam tadi hujan…wooooohhh memang best…hujan di Ipoh adalah yang paling terbaik sekali aku rasa…sebab seminggu sebelumnya Selangor dan KL di landa kepanasan global yang melampau! di tambah kesejukan penghawa dingin…memang dingin sepoi-sepoi bahasa! tapi kene la bangun… sebab 8:30 aku telah berjanji dengan Najib untuk menunjukkan aku “pasar karat” yang menjadi monus operandi utama dalam siri pelancongan kali ini.. tepat yang agak kurang tepat sebenarnya kami berjumpa dengan Najib. Najib sebenarnya ada di Ipoh ketika itu, dia balik ke rumah mertuanya di Tanjung Rambutan. Isterinya bersama dua orang anaknya dibawa bersama..seorang lagi berada di dalam perut isterinya menanti masa sahaja untuk di lahirkan.. sesampai di pasar karat masing-masing berpecah..dengan tujuan utama untuk mencari kamera antik dan veteran aku menjelajahi setiap gerai…panjang kawasan pasar karat itu boleh la dikatakan sepanjang 1km pergi dan balik. Ban-Ban tidak lekang dengan Nikonnya..macam-macam ada dijual…sehinggakan mangkuk tingkat baba dan nyonya, pinggan mangkuk koleksi Portugis lama, Pemain piring hitam dan sepelik besi burukpun ada dijual!!..pencarian aku sia-sia kerana ketiga-tiga kamera lama yang aku jumpai semuanya sudah tidak boleh berfungsi dengan baik…arghhhhhh kecewa aku… setelah satu jam setengah kami berjumpa balik di gerai untuk sarapan pagi walau jam menunjukkan 35minit lagi menghampiri jam 12 tengahari..Ban-Ban membeli sebatang seruling lama yang masih lagi berfungsi dengan baik..dilihat seperti seruling inggeris dari segi pembuatannya.. cuma cara Ban-Ban membeli seruling itu agak aneh dan pelik… biarlah ia menjadi rahsia dan tanda tanya rakyat Ipoh! ha…ha… bersembang dengan bini Najib iaitu Kak Sarah.. die memberitahu tempat yang menarik lagi yang boleh di lawat di Ipoh.. terlanjur tentang itu..aku dengan gatal bertanya “kak! Kuala Kangsar dekat tak dari Ipoh?” Kak Sarah jawab “Dekat je…dalam sebatang rokok sampai la” Owwhhh sedapnya… sebab aku rasa tak sia-sia tentang niat yang aku tanam semasa hendak bertolak ke Ipoh semalam..banyak perkara yang aku ingin lunaskan alang-alang berada di Perak ni.. “Ban! cemana? ada bran? balik KL malam lah…ok ka?”…..”Noooooooo haaaaallllll” jawab Ban-Ban berlagak..
12:45 tengahari :
Selepas menyerah kan kunci bilik hotel kepada amoi yang bertugas pada hari itu..kami bergerak keluar dari Ipoh menuju Kuala Kangsar..masuk balik Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara.. selang dua susur keluar, dengan hela lafaz nafas panjang hati aku berkata “Nah! Ini kerja Tuhan… sampai juga hajat aku..gerak hati susah mahu menipu diri beb..” aku memberi isyarat lampu ke kiri.. Sayup-sayup gerbang “Kuala Kangsar Bandar Di Raja” terkelihatan..

13:00 tengahari :
Aku tanya Ban-Ban..”ko tahu tak selok belok Kole kangsor?” fuyyoo try loghat kuala sepamm.. Ban-Ban menggeleng kepalanya.. Hampeh! memang kene redah lagi la jawabnya ni.. aku ikut je setereng kereta ku kemana menghala.. masuk ke kawasan seperti taman besar..oh rupanya tersergam satu kawasan.. kawasan istana..Istana Bukit Chandan..aku pusing sepusingan kawasan istana itu..semasa menghampiri sudut 280 darjah..ternampak dikiri ku sebuah istana kecil berwarna kuning juga dipanggil Istana Kenangan atau mesa di panggil Istana Kuning. aku berhenti di parkir kereta…keluar…Ban-Ban ke rumah pengawal di lihat pintu berkunci.. terkumat-kamit mulutnya sedikit mengomel.. ada yang tak puas hati la tu.. “pahal??” tanye aku… “tutup daaa…. kol 1 sampai kol 2″ hmmm apa aku nak buat ni? dalam hampir sejam lagi mau tunggu.. Ban-Ban pandang ke kanan.. dan menoleh ke arah ku semula..sambil mengangkat kening 13 kali dan memuncungkan mulut ke kanan.. Aku mengerutkan dahi… dan senyum kembali… “apalagi minum la dulu… isap marlboro sepam dua..” jerit hati kecil ku…sambil berjalan ke sebuah warung yang tak berapa uzur sangat di tepi luar perkarangan istana itu… sebolehnya kami ingin mencari warung yang uzur dan seram..tahap kedai kopi Pak Malau seperti dalam filem Seri Mersing. “Kak! nescafee 1 teh tarik 1″ sementara itu Ban-Ban tertonggek-tonggek dengan perakam imej digitalnya..mengambil ‘shot-shot’ tertentu seperti.. kaki kerusi, kucing, poster nescafee, bunga orkid kepunyaan kakak warung tu dan ayam..
13:30 tengahari :
“korang dari mana ni?” tanya kakak warung tu.. “Bangi, Selangor kak..” jawab aku.. Ban-Ban tetiba menyampuk sambil buat muka hormat orang tua dengan harapan adik kepada kakak warung itu adalah seorang gadis yang lawa..”Kakak..saya mahu bertanya..dimanakah lagi tempat-tempat yang menarik yang sesuai untuk kami yang pengembara ini lawati..?” cam sial soalan… “Ate deme pegi le ke atah nun…seberang ngan jambatan Sultan Abdul Jalil tu ada tempat oran buat labu sayooonggg… tapi sebelum tu deme pegi le ke belakang warung aku ni ada lorong kecik pergi cari oghang nama Pak Mazin, die pandei buat keghih.. kalu deme nak pegi ke Galeri Sultan Azlan Shah kat depan nun pon bolehh jugokk” cewaahhh akak tu mula cakap orang kuale.. aku angguk kepala.. tetiba azan zohor kedengaran dari Masjid Ubudiyah kat atas bukit.. “Jom Ban pi jamak solat dulu”..


13:50 tengahari :
Boleh tahan juga Masjid Ubudiyah ni.. ruang dalam tidaklah beasr sangat tapi lebih dari muat untuk syarat minima 40 jemaah menyempurnakan solat Jumaat.. Lawa masjid ni… cuma aku kureng sikit dalam 9% sebab banyak sangat ‘Dome’, sapa yang kenal aku…tahulah.. aku memang kurreeenng sekit ngan ala-ala timur tengah ni.. Ban-Ban menghilangkan diri..ambik gambar la tu.. aku pun masuk dalam masjid..amik air sembahyang dan laksanakan penjamakan solat..memangggg tenangg mengadap tuhan dalam masjid ni…sebab atas bukit kot… selepas solat aku ambil masa sekejap untuk berkhalwat dengan diri sendiri bertenang di dalam masjid tu… si Ban-Ban sampai ke dalam Masjid diranduknya ambik gambor..aku sempat amek beberapa ‘shot’ kat dalam tu.. pastu keluar aku lepak-lepak kat luar plak.. jumpa si Ban-ban lagi! heey… “Aku tunggu kat luar sini la Ban-Ban” kata aku… selepas itu Ban-Ban pon masuk kembali dalam masjid..solat kot…tapi tak tahu la die tak habis-habis amek gambar lagi… aku melemparkan senyuman kepada pengawal keselamatan masjid yang sedang duduk di kerusinya.. die membalas kembali… dah agak tua orangnya sekitar hujung 60an kot.. aku menghulurkan salam.. “Assalamualaikum tok..” die pon jawab salam aku.. Aku tanye lagi..” Tok tau tak kat mana makam-makam lama yang berhampiran di dalam Kuala Kangsar ni…?”…” kamu pergi je situ…masuk dan pintu pagar tak berkunci..semua orang boleh ziarah..tak yah takut..” sambil menunjukkan kawasan sebelah masjid… aku menggaru kepala.. “err…bukan makam tu maksud saya..makam-makam lama yang lain?” terang aku sambil menyebut beberapa nama makam… Pengawal Keselamatan tu menggeleng kepala.. takpelah dah tak tahu nak wat cemana kan… aku cube bersembang dengannya mengenai cerita sejarah zaman dahulu kala..tapi yang di jawabnya lain! ha..ha.. cerita pasal sultan Perak pulak…seperti yang aku jangka.. dengan situasi rakyat Perak sekarang jawapan yang di berikan adalah sama dengan agakan aku… orang tua itu tak berapa kacip sangat dengan Baginda.. katanya bukan dari keturunan ori.. die pon mulahlah bercerita pasa Raja-Raja dahulu..aku hanya mengangguk..hujah-hujah nya agak reput dari pemahaman aku.. aku cuba kasi soalan cepu ujian.. “Tok.. abes tu betul ke Daeng Parani tu adalah dari Daeng 5 Beradik di Perak ni?” orang tua tu mengerut dahi sambil tanya aku balik “Daeng Parani? tak tau lah..siapa tu?”… hmmm aku tersengih kambing dan berkata “hmmm tada apa-apalah… melalut plak saya ni, saja je tanya kot-kot Tok tahu”…si Ban-Ban terpacul tiba-tiba di muka pintu.. aku pon bangun dan meminta diri dengan orang tua tu… semasa bersalam sempat aku bidas orang tua tu..”Tok.. lebih baik beraja dengan Raja yang sombong daripada LANGSUNG tak mempunyai raja… Daulat Tuanku..” aku terus blah tanpa memaling ke belakang…takut dowwhhh.. ‘smash’ otai… ha..ha…ha.. aku terus keluar dan terus ke kawasan Makam Diraja… ada hajat yang aku mahu tunaikan disini…masuk je kawasan makam..kami berpecah.. luas kawasan makam ni.. aku rasa Makam diraja yang paling luas antara negeri-negeri yang lain.. Ban-Ban tertonggek-tonggek kat batu nisan sape ntah… arhh biarkan.. aku mencari sesuatu yang aku memang hajati untuk ziarah..dah lama dah… akhirnya ketemu!! tu dia! Makam Laksamana Muhammad Amin.. terdedah di hadapanku sekarang.. dipagari dengan sempurna…binaan palong bermarmar hitam..dan bernisan putih..tersergam di hadapan ku..aku bertinggung di sisi..membaca selawat ke atas junjungan..bertafakur seketika..membaca Al-Fatihah..didalam kepala aku ligat memutarkan bayangan-bayangan peristiwa pada kurun ke-18 yang berlaku tragis di Perak..putarannya seperti filem lama di mainkan semula..bertafakur sambil berimaginasi..susana sunyi dan tenang di sekitar makam membuatkan hati sayu hiris dihiris dengan kebanggaan tahap maksima! kebanggan dapat berjumpa biarpun hanya nisannya sahaja, berjumpa pahlawan bangsa yang memang berliku coretannya.. Pahlawan Bangsa ini terlalu tinggi penghormatannya bagi aku…


14:15 tengahari :
Ban-Ban maseh terbongkok-bongkok lagi meneliti setiap nisan yang ada di makam DiRaja tu..mentafsir ukiran gamaknya.. ku biarkan Ban-Ban seketika..setelah lima minit “Ban! jom blah! muzim Istana Kuning dah bukak ni”..Ban-ban pun berlalu dari nisan-nisan yang menggamit hatinya.. Kami naik kereta dan beransur beredar setelah menutup rapat pintu pagar kawasan makam tersebut.. sesampai di Istana Kuning kembali.. pintu pagarnya sudah dibuka..pelawat-pelawat lain sudah ramai memenuhi ruang laman Istana Kuning tersebut..ya..agak indah landskapnya..dikelilingi kampung-kampung..bertepatan sebagai Istana sementara bagi seorang Baginda Paduka Raja bermaustatin sementara.. Aku naik menyusuri tangga yang agak tinggi..Ban-ban sibuk dengan kameranya..mengambil gambar tiang istana..aku naik keatas..dan menuju ruang pameran pertama..sekarangan fakta pertama ku baca tentang sejarah permulaan kerajaan Melayu di Perak..agak kabur faktanya kerana kekurangan bukti dan lebih kepada interperasi pengarang jabatan muzium itu sendiri..mengenai pertembungan dua kerajaan Melayu Perak Lama iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung. dari satu ke satu papan tulis yang di pampang aku baca..Ban-Ban membaca agak laju dan meninggalkan aku yang masih terpacak di papan tulis kedua..ah..persetankan si Ban-ban..seperti biasa jika dengan fakta-fakta sejarah aku akan terlekat dengan lama sedikit kerana memahami setiap perincian yang di tulis.. kepala ligat mengaitkan dengan fakta-fakta yang sedia aku tahu..namun kadang-kadang menjadi buntu juga..ha..ha..setalah separuh pembacaan memang benarlah yang sistem raja Negeri Perak ini berbeza dengan sistem Raja Melayu di negeri-negeri Melayu yang lain..Perak melaksanakan sistem penggiliran Raja yang di tetapkan oleh satu badan yang dikenali sebagai Dewan Negara yang akan memutuskan siapa Raja pemerintah seterusnya jika Raja yang sedia ada mangkat..tidak seperti yang selalu di negeri melayu lain yang mengamalkan sistem keturunan dan susur galur yang sah..aku melalui lagi pameran-pameran yang lain sehingga ke plot terakhir iaitu alat kebesaran di Raja.. seperti yang ku andaikan..tepatlah yang dipercayai bahawa Keris Taming Sari berada di negeri Perak, keris buatan Majapahit itu diceritakan di simpan oleh kesultanan Melayu Perak sebagai regalia kebesaran, barulah di sedari yang segala keris yang menjadi persalinan Baginda Paduka Sultan Azlan Shah sekarang aku pernah lihat mempunyai Hulu yang sama dengan Hulu Taming Sari yang penuh dengan pengaruh Majapahit..mungkin itu simbolik kepada keyataan kemana menghilangnya Taming Sari lebih 5 abad lamanya..hmmm wallahuawalam bissawab..

4:00 petang :
“Mana si Ban-Ban ni? kemana-mana sajalah mamat ni..hilangkan diri tak bagi tau aku! macam power jer..sekali aku cekak tengkuk baru tahu!” getus hati aku…cilakak Ban-ban meninggalkan aku yang turun keseorangan dari tangga Istana Kuning.. “hmmm mungkin tido lepak dalam kereta kot”.. aku mampir ke kereta..intai tada lah plak mamat ni.. dengan muka sombong aku jerit nama dia.. pastu aku call die dan dia angkat..”Ceh! lepak minum rupanya!” apadaaa..dah 2 kali lepak minum kat kedai kakak tu… ha..ha… mesti akak tu boring tengok muka si Ban-ban yang tak berapa kacak tengah togok air sirap.. Ban-Ban dengan muka tak bersalah duduk sambil sila panggung baca suratkhabar.. aku tarik kerusi.. “Kak! Nescafee tarik satu!” aku jerit kat kakak tu.. tak sampai 2 minit air dah sampai..gile pandai kakak tu buat air dah la pekat! Likat! siap berkeladak lagi serbuk kopi kat dalam cawan tu! memang kaw! selang 2 batang lemak marlboro aku sedut…kakak kedai tu mula memberi petunjuk yang die mahu tutup warung.. “Abih ko dah tak reti-reti nak berambus Ban?” sambil memandang muka akak tu dengan muka ceria Ban-Ban memanggil untuk minuman kami dikira harganya…dalam kereta aku tanya “pastu nak pergi mana plak ni?” Ban-ban jawab “kita gi redah umah Pak Mazin tengok keris dulu… “Macam kenal jer mamat ni dengan Pak Mazin..walhal baru dengar nama orang tua tu baru hari ni je” getus hati aku membebel…. kami meneruskan perjalanan mengambil jalan kecil di belakang Istana Kuning menjejak rumah Pak Mazin si Pandai Besi negeri Perak..semacam tahu selok belok kampung tu..kami berlagak pandai mencari rumah Pak Mazin dengan angkuh tanpa bertanya kepada penduduk setempat..Penyudahnya kami tersesat Menghala ke hulu Sungai Perak…ha..ha..haa… apa kejadahnya la… Rumah Pak Mazin tak ditemui dan kami berpatah balik meneruskan perjalanan ke Mukim Sayong untuk menjejak Labu Sayong!



4:30 Petang :
Berpandukan papan tanda di bahu jalan setelah merentasi sungai perak melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil..Kami membelok kekiri menyusuri perkampungan Labu Sayong..beberapa tempat perusahan labu sayong di lewati sehingga terjumpa satu kawasan Sawah Padi yang agak meluas hektarnya!..aku memberhentikan kereta secara menejut dan memandang Ban-Ban sambil mengangkat kening beberapa kali.. “Jom!” jerit Ban-Ban..ha..ha aku dah tau maksudnya.. semacam anak kecil girang keriangan kami masuk sawah ha..ha.. Ban-Ban mengambil gambar tah hape-hape berkaitan pokok padi lagak gaya semcam pegawai pertanian Mardi! aku dengan “self potrait” mendepa tangan menghirup semilir bayu sawah yang betul-betul mendamaikan kesegarannya! teringat sawah di kampung sepayang..hampir 4 bulan aku tak balik kampung rasanya..hm…setelah membuat onar di kawasan sawah tersebut kami berpatah balik dan memilih salah satu buah rumah yang mejalankan perusahan labu sayong..seperti pelancong asing kami di sambut baik oleh Abang Akin (nama sebenar brader ni ialah Zainal) pemilik perusahan tersebut.. sebelum bicara lanjut tentang Labu Sayong Abang Akin ni aku terdetik hati sebenarnya semasa membelok kekiri dari jalan utama Mukim Sayong ni..terasa ada hajat yang perlu aku penuhi dalam tuntutan ziarah..cume aku akan ceritakan di akhir perjalanan ke Mukim Sayong ya. berborak dengan manusia yang bernama Akin ni memang lah tenang..dia memberitahu segal-galanya tentang Labu Sayong…dari sejarah, penggunaan, pantang larang dan segala-galanya tentang labu sayong..menurut Abang Akin ni..die mewarisi pembuatan Labu sayong ni dari Arwah mak dan bapanya.. kira kemahiran turun temurun la..dia menerangkan yang mengapa labu sayong ni ada sebab mengapa berwarna hitam..setelah di bakar dalam ketuhar..labu sayong ni di golek-golekkan dalam sekam padi bagi menghitamkan nya..ini bermakna labu sayong ni tidak mengalami sebarang proses perwarnaan dalam menentukan warna hitamnya..”mengape labu ni warna hitam? ape natijahnye warna hitam ni?” tanya aku dalam loghat Kuale.. Abang Akin jawab “haaa kalu mike nok tahu ini le bijoknye orang tue zaman dulu-dulu..kalu labu warna putih atau cerah dah tentu hitam dan cepat kotor bile dipegang! kalu dah hitam kotorannye tok nampok le..itulah rasionalnye!” hmm…bijak akal orang zaman dahulu..tak terlintas aku fikirin..
Labu Sayong ni ada beberapa jenis..dan yang paling masyur sekali jenis Asam gelugor, atau asam jawa. aku mengambil dua biji labu sayung jenis asam gelugor untuk di beli…sebelum akad jual beli dilakukan aku berniat di hati..”dengan bersaksi tanah berdaulat Mukim Sayong ni..pada hari ahad bertuah ni kunamakan labu sayong bakal milik ku ini sebagai Labu Sayong Dua Beradik..moga berketurunan bercicitku waris sah pemilik..” sambil berdetap tiga kali tapak kaki ku di tanah Sayong.. setelah proses akad jual beli di lakukan aku menerima Labu Sayong Dua Beradik itu selepas di maharkan dengan hati girang..tersemat kemas benang merah di leher labu sayong tersebut..pada sebelumnya..si Ban-Ban rupa-rupanya dah angkut sebijik labu sayung perhiasan yang ada mentol kat dalam..boleh wat lampu tidor katanya..cilakak Ban-ban..dah sambar dulu ha..ha… Perihal Labu Sayong Dua Beradik itu salah satunya telah aku hadiahkan kepada ibuku di kampung dan pasangannya satu lagi aku simpan di Bangi..moga 100 tahun lagi masih ada wujud lagi Labu Sayong Dua Beradik itu di Bumi Malaysia ni..setiap pagi aku minum secawan air dingin dari Labu tersebut…fuh sejuk dan mendamaikan…! rasanya kalu pergi kerja sambil berlari pon aku boleh kot! ha..ha.ahha.a.. setelah itu aku bersalaman dengan Abang Akin untuk beransur dari kedainya.. Ban-ban sempat tanya Abang Akin..”Bang! abang tahu tak kat kawasan kampung ni mana ada tempat buat gendang lama?” brader tu jawab ” haa ada-ada.. mike pergi ke beloh ataih Kampung Hulu nu..sampei satu jambatan kecil mike nampok sempang tige kecik..mike kona ke kighie….tanya orang katu situ mane umah Zamlud Gendang..” hoo…ho..” oraaiiiiitttt canteeekkkkk” pekik Ban-Ban… Ban-Ban tengok aku sampai terangkat kening beberapa kali…orait tadahal kataku…

5:35 petang :
“Ehh ke depan lagi kot…tak nampak lagi jambatan kecik…” arah ku pada Ban-ban.. sampai di satu simpang tiga aku belok kekiri..terjumpa beberapa pemuda kampung disitu..aku turun kereta..membuat muka manja dan tebal bertanya arah rumah Zamlud Gendang..”Assalamualaikum bang!” salam ku dengan kacak dan hormat.. “walaikumussalam… Ngape?” jawab mamat tu… “tade saya nak tanye kat mana rumah Zamlud Gendang?” soal ku lagi… “oh…Lud gendang…mike jalan teruih ke depan ada nampok perdu buluh sebelah kanan mike kona kanan..jalan terus jer..ada satu je rumah dalam tu..tula rumah Lud Gendang”… “oh..ok terma kasih bang!” aku tersenyum terus bergegas ke kereta.. “cemana dapat arah laluan tak?” tanya Ban-Ban… “Tengok kuku kaki la brader…ini ijat la…sekali aku tanya boleh buat orang sayang tau ngan aku bila bersembang muahhhhaa…ha….ha..” ketawa aku dengan bongkak sekali.. perjalanan di teruskan…sesampai terjumpa perdu bulu di sebelah kanan aku belok ke kiri…”WWWWWWOooooohooo..hoo woi! biar betol…ni jalan nak gi rumah die ke?” ujar Ban-Ban… aku menelan air liur beberapa kali..biar betul…ni hutan banat mana plak ni aku redah…semak samun kiri kanan tinggi-tinggi kepala aku..tapi jalan berturap tar..aneh! sesampai di hujung jalan mati terpapar sebuah rumah kayu usang bertiang tinggi… rumahnya bagai diliputi balak-balak hutan muda khatulistiwa..memang menyejukkan..keadaan betul-betul lembab…memang agak meremang bulu tengkok ku pada mulanya…rumah usang dengan tingkap terbuka..sebuah motor honda lama 50cc di bawah lantai rumah kemas di letakkan.. “Assalamualaikuuuuummmmm!..oh Pak Zamlud…Pakkk Ludddd!..oh Pak Lud!” lalak si Ban-ban memecah kedinginan hutan kecil tersebut..ban-ban memberanikan diri mendekati tangga dan beranda rumah usang itu..terdapat bebrapa bongkah kayu dan racik-racik sisa dahan kayu bersepah di beranda itu..aku berundur setapak dua ke belakang..bimbang juga..sebab memikirkan cerita Abang Akin tadi..”Zamlud Gendang tu dah tua..Umurnya hampir 90 tahun..dan tak pernah berkahwin..tiada anak bini dan sering menyendiri”…fuhhh..aku mendengus sedikit risau..celakak Ban-ban berani betol mamat ni..setelah beberapa kali memberi salam..namun hampa..Zamlud Gendang memang betul-betul tiada di rumah..setelah di pastikan keadaan itu..aku tersengih melihat sekeliling rumah itu.. terasa semangat melihat dua objek yang berkibar yang memang aku kenali..terus bahang keBANGSAan bertiup kencang di dada…ianya boleh dilihat didalam gambar yang aku sertakan sekali disini..tak perlu lah aku terangkan..kamu semua sudah tentu tahu kan..he..he.. walau ideologi politik berlainan namun dapat aku rasakan yang Zamlud Gendang memiliki semangat yang sama seperti aku..he..he… setelah kecewa..Ban-Ban mengambil keputusan untuk merakam kan gambar kenangan di rumah pendokong warisan melayu itu…Zamlud gendang juga pernah di pelawa oleh Kementerian Kebudayaan dan warisan Malaysia yang pada ketika itu dikenali sebagai KEKWA untuk menjadi ikon warisan budaya melayu kerana kepakarannya menghasilkan gendang..namun pelawaan itu ditolak sopan oleh Zamlud Gendang atas dasar yang tak di ketahui…begitula cerita penduduk setempat..
6:10 Petang :
Kami beredar secara terhormat dari rumah Zamlud Gendang.. ermm masa semakin suntuk…senja mula melabuhkan bidainya.. masa untuk kembali ke ipoh aku fikir.. “Jom blah Ban!” pinta aku.. Ban-ban mengangguk sahaja..mungkin tanda setuju..ada riak penat diwajahnya.. jadi aku menyusur keluar dari kampung Kepala Bendang.. sesampai di simpang tiga menghala jalan besar..aku membelok ke kiri dan terus menbelok kekiri lagi secara terkejut..Ban-ban bingkas bangun dari menyandar..dia tengok aku.. “Aku nak ziarah makam jap” balasku.. “ohh ok” sahut Ban-ban beberapa ketika.. ini lah yang aku katakan pada perenggan di atas tadi..ada hajat yang perlu aku penuhi dalam tuntutan ziarah.. Kelihatan kawasan perkuburan yang agak sederhana luas.. dan terdapat satu sektor yang agak khas di dalam kawasan tersebut.. sektor yang agak tak terjaga..sedih juga kerana itu bahan sejarah yang perlu dijaga setelah di eskavasi.. apa-apa ajelah.. dengan langkah kanan aku masuk ke muka tanah wakaf itu..memberi salam dan menuju ke satu binaan berbumbung..sebuah makam separuh uzur terpampang di depan mata..didalam makam tersebut terdapat beberapa pasang batu nisan.. aku berhenti sejenak memandang nisan-nisan tersebut..bertafakur seketika dan menaiki tangga batu kecil makam itu.. duduk berpunggung di birai palong makam itu..sambil memegang nisan tua itu aku berAl-fatihah, selawat ke atas junjungan dan bersunyi diam bisu seketika..fikiran betul kosong ketika itu..hanya mata tertumpu tepat tanpa pantulan kepada pasang-pasang nisan tua itu.. itulah makam Paduka Seri Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah Ibni Almarhum Sultan Shahabuddin juga baginda digelar sebagai ‘Marhum Nabi Allah’..Baginda merupakan Sultan Perak yang ke-24 ditabal pada tahun 1864..Mangkat di Mukim sayong ini pada 1871..iaitu semsa dekad-dekad terpenting perubahan sosiologi Negeri Perak akibat kesan kejuruteraan sosial melampau kolonial yang juga merupakan permulaan titi-titik jahanam dengan kontrak-kontrak syaitan! yang merubah segalanya sistem ketuanan di seluruh Tanah Melayu..kesannya sehingga dapat di rasakan sehingga sekarang dan sampai bila-bila pun..Baginda sultan Ali juga ialah Sultan yang kontroversi kerana jenazah Baginda lewat sebulan di kebumikan..ini kerana beberapa kesulitan berlaku di dalam pemilihan untuk memilih pengganti baginda..Kontroversi yang aku rasa amat panjang jika aku huraikan di sini..mungkin di lain lembaran aku cuba bercerita.. seperti yang terlihat semua nisan-nisan berada di makam ini berbalut dengan kain hitam..ini sedikit menjadi tandatanya kerana kebiasaan penanda kain untuk nisan keturunan DiRaja ialah berwarna kuning.. ini tidak..warna hitam pulak..aku belek kain di kepala nisan tu ternyata memang kain hitam bukan kain lama yang kotor menjadi hitam..hmm..persoalan yang memerlukan ilmiah yang kuat untuk dirungkaikan..jadi aku memilih untuk berkecuali sahaja..setelah puas menatap makam Baginda seri Paduka Raja.. “Ban! meh amek gambo aku sepam dengan nisan makam ni” jerit aku dalam nada kontrol sedikit.. Ban-ban berpusing sambil membuat aksi ninja terus menekan punat kamera..sekeping lagi bukti berjaya di rakam dalam akitiviti ziarah.. setelah mengucap salam kami keluar dari kawasan perkuburan..

6:37 petang :
“weehhh aku lapo le.. jom muntah kedarah dulu jom..cari la mana-mana warung pak malau..kita bedal apa yang ada..” rayuan Ban-Ban menusuk ke kalbu aku…”Kesian mangkuk ni” getus hati aku..tanpa sebarang panduan aku menyusuri jalan Kampung..beberapa buah rumah lama kelihatan rumah tradisional melayu Perak..betul-betul indah..lawa..sayu berseni gagah menegak..terdapat beberapa ukiran di rabung dan bumbung rumah mengengelingi bentuk asas pandangan atas rumah..melilit melingkari..disudahi dengan motif “Lidah cicak” di setiap perhentian sudut..ada juga orang menyebut “kepala cicak” araghh mana-manalah semua sama jer kot..”HHHHAAAhh tu ha depan sekolah tu” jerit Ban-ban sambil menggigit dashboard kereta aku menahan kelaparan.. aku memberhentikan kereta di depan Sekolah Kebangsaan Sayong.. setelah melompat gaya tepuk bintang dalam 27 kali dan lompat katak beberapa pam..kami melintas jalan..menghampiri sebuah warung.. ada kakak sedang goreng pisang.. “assalamelekom kak! apa ada lagi kat sini selain goreng pisang?” soal Ban-ban sambil mengunyah beberapa pisang goreng yang dicekup dalam talam sebelum bertanya soalan tadi..kakak tu pandang paiseh je..tapi Ban-ban buat muka “cool” seperti gaya selamba makan pisang goreng kat rumah sendiri.. “ada mee kari..mee lidi..mee maggi..tu jer..” jawab kakak tu sambil menggetap bibir..”kalu macam tu saya nak Mee kari lah satu..la..la..la..laa” jerkah Ban-ban kepada akak tu di akhiri dengan nyanyian lagu dari Imran Ajmain, aku yang sudah duduk kat meja hanya mampu melihat telatah Ban-ban.. aku pon bangun dan bertanya kat akak tu..”semelekom kak..ape kabo? udoh makan nasik ke belom? tok penat ke masok sari suntok? sihat dok akak arini? jadi dengan segala sopannya saya nak makan mee kari juge satu ye..” fuhhh..tengok cara aku pesan makanan kat warung macamane..punya la hormat dengan tatasusila baik rasa berdesup,siup serta menusuk! setelah akak tu buatkan mee kari untuk kami..kami pon apa lagi muntah kedarah la…memang la best gi makan Mee Kari Kole Kangsor ni.. walau dalam pinggan aku ada bangkai seekor lalat mati..itu tidak menjadi hal…kesedapan mee kari itu mampu sangat untuk menangani perassan marah aku kerana lalat itu..

7:00 Malam :
“Ban! gua rasaada baiknya kita gerak balik Ipoh kot..” kata aku… lama juga menunggu jawapan dari Ban-ban.. semacam berat je Ban-Ban ingin meninggalkan Kuala Kangsar..ntah apa yang berat aku pon tak tahu ler.. dah terpikat anak dara Kuala kangsar kot.. “hmm jomlah..kang lewat sampai plak..takut jem kat lebuhraya..” Ban-ban menjawab malas sambil membuat muka kerepot..cam sial wat muka.. aku singgah ke stesyen minyak..tuang dalam RM50..jajan,cekedis dan kacang juga diangkut sebagai bekalan…perlahan-lahan kami meninggalkan Kuala Kangsar yang mencoretkan perjalanan kami.. dalam memenuhi tuntutan hak.. hak yang batil dan hak yang hak..

8:30 Malam :
Kami tepat sampai ke rumah mertua Najib di Tanjung Rambutan Perak.. Kak Sarah juga menyambut kami… ambil masa sebentar untuk berehat dan menunaikan solat jamak..Najib kelihatan sedang layan MotoGP kat Astro..aku pon layan sekali..jap lagi Mak, bapak mertua die pun join sekali..ha..ha.. kenal juga orang tua ni dengan Valentino Rossi he…he.. “Jom! kita makan kat setesyen keretapi Tanjung Rambutan!” pelawa Kak Sarah.. “Jom!” aku dan Ban-ban menjawab serentak..sambil lompat tepuk bintang sekali lagi… “hilang akal ke ape budak-budak ni?” mungkin Mak mertua Najib berkata begitu dalam hatinya ha..ha.. sesampai saja di kedai tu.. aku terkejut beruk…rupanya memang kitaorang makan dalam setesyen keretapi rupanya…dalam skala 8 meter sahaja dari tepi kami adalah landasan keretapi..”kadang-kadang boleh tengok keretapi lau dowh!” kata Najib…aku pesan roti canai..Ban-Ban bantai Mee kicap Tanjung Rambutan.. “perrrgggghhhhhh! terangkat bontot!” jerit Ban-ban..seperti ingin makan bersila di atas landasan…aku peluk Ban-ban.. “sabar Ban..sabar” gila kalau Ban-ban buat gila malu aku ngan orang-orang kampung Tanjung Rambutan.. sebaik je abis makan..layan marlboro sepam dua tetiba keretapi barang lalu…woohooo…pertama kali aku makan sambil keretapi lalu kat sebelah…Syyyoookkk sangat… lepas muntah kedarah…kami balik rumah Mak mertua Najib balik…kemas apa yang patut…setengah jam kemudian.. kami beransur..Najib pun tumpang sekali nak balik Bangi… tepat pukul 1130 malam kami bergerak..sebelum tu bapak mertua Najib sempat pesan…”maghi le lagi ke Tanjung ye..ha..ha..”…”oh tahal pakcik tarahal give me 8!” ujar Ban-ban cuba beramah mesra…. sejurus itu WNC menyusur laju di atas lebuh raya menuju ke selatan.. pulang kembali ke Bangi daerah tercinta..perjalanan kali ini di tamatkan dengan kos RM200 siap makan, bayar tol, minyak kereta, makan jajan, bayaran hotel, dan semua-semua lah…payung habis!

best best!!
*tahap pengsan bangun kembali*
banban seperti watak tempelan yg sgt aktif. terbayangkan banban wat aksi ninja…makan banyak..perut buncit…bersembunyi2 mengambil gambar…adekah seperti akimichi chouji? woh oh!
pegi kuala kangsar ikan patin laa best! ngn mangga muda yg dijual depan masjid raja…kuah kicap dia mantap habess!
ijat…cantik betul those pictures u’ve taken
keep up the good work!
Chaiyo!
~*
wow..penceritaan yg bagus..pjg n berisi
Pasar Karat as in Road Walk kt penang juga kah..
its a good guide nk pegi mana kt Perak..
btw, ur pics are superbb utk photo shoot ESEN.me loike
Terasa aku pon ade dalam journey korang nih,len kali kalau nak wat destinasi bajet ciput cmnih ajk la aku gak yeh…hehehe
nak bawak trip lawatan pelajar ke kuala kangsar..thank 4 the info!!