kala melihat emak…

Dah dua bulan lebih tak balik ke Pahang mahupun Negeri Sembilan.. kali ini emak datang ke KL bersama ayah.. menghadiri resepsi besar-besaran perspisahan persaraan ayah dengan FELDA.. namun itu bukan motif untuk ditulis disini..cuma terbit sedetik kerinduan pada emak.. setiap waktu bersamanya adalah biasa cuma yang luar biasa dan waktu yang paling menyejukkan jiwa aku memandang wajah emak adalah kala susuk rupa dan tubuhnya didalam sarungan telekung sembahyang menjaga wuduknya dari terbatal diantara waktu Maghrib menanti sehingga masuk waktu Isyak.. ada kalanya kala itu dia khusyuk melihat Buletin Utama di TV3.. kala itu juga aku memuaskan hati dan nafsu rindu memandang wajahnya… tanpa kejap mata..tanpa henti hela nafas..tanpa suara..tanpa gangguan jiwa.. dan kadang-kadang aku terfikir sampai bilakah nikmat sebegitu indah dapat aku pertahankan? Ya Tuhan..panjangkan lah umurnya..moga dapat aku lalui kala-kala itu tanpa rasa puas sehingga aku sendiri yang menutup mata lebih awal dari emak..

~ oleh berdiridalamtunduk di Julai 23, 2009.

2 Respons to “kala melihat emak…”

  1. Aku rasa macam nak nangis jer baca entri ni, emosi giler… Jap lagi balik umah mak aku la, nak makan asam pedas ikan mayong mak aku masak..

  2. ):
    Terusik.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.