Tujuh Selangkat (….Mencari Islam dalam Melayu)

Bermula 7:00 pagi berbagai idea bagaikan dicurah ke dalam kitaran otak..puas memaksa diri untuk tidur namun tidak berjaya..seterusnya penulis mengambil keputusan untuk menulis bagi memastikan idea dan fakta yang diimbangi setara tidak hilang begitu sahaja sedari  topik ini diimaginasikan dalam kotak kitar otak. Sebelum apa-apa cetusan persepsi warga siber dibuat adalah ingin ditekankan pembacaan bahan penulisan ini perlu dibaca dan di fahami di dalam kitaran berbentuk ilmiah, berfikiran di luar tempurung serta di luar lingkungan pemikiran konvensional yang berorientasikan peperiksaan dan pedagogi-pedagogi dasar pendidikan negara untuk memastikan yang ada mungkin yang kita sudah terlewat dalam suara-suara topeng cakap tak serupa wajah.

Kitaran Melayu di negara ini dengan roh-roh dan fizikalnya begitu bergolak sehingga pengaruh-pengaruh luar banyak mengaburi Melayu itu sendiri. Ada mungkin yang jati diri telah begitu terhakis dengan laju serta cepat berikutan pengamalan-pengamalan yang berteraskan pemikiran yang suka melihat kelemahan Melayu itu sendiri sehingga terlupa di sebalik kelemahan yang sengaja dicari itu terdedah terhampar seluas langit berlaksa-laksa keampuhan corak-corak kegemilangan yang sudah berkurun lamanya tidak digali dituai bangsa Melayu itu sendiri. Tiada kesedaran, angkuh, bongkak, pemalas berlagak seperti yang bangsa sendiri ini ketinggalan jauh dari segi peradaban, sosiologi, kebudayaan, keagamaan dan segala-galanya struktur asas perjalanan tamadun bangsa.

Melayu dan Islam.. 11 aksara yang teramat berkait.. Melayu dengan adat serta Islam dengan syaraknya.. sehingga dalam Melayu terdapat persenyawaan yang diungkapkan iaitu “Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan adat” bermakna betapa dekatnya hubungan antara Islam dengan Melayu itu sendiri.. Sebelum kedatangan Islam, bangsa ini mengamalkan Hindunisme.. yang bergelumang dengan adat-adat yang jauh tak terfikir terpesongnya bangsa ini ketika itu.. Setelah Islam datang beberapa adat disaring sesuci-sucinya sesuai dengan ajaran Islam.. Maka dengan natijah itu patutkah kita membantutkan perjalanan adat Melayu kerana semata-mata ia bertentangan dengan ajaran Islam dengan hanya menyentuh teori asas, tanpa praktikaliti yang lebih mendalam, serta hubungkait adat Melayu itu dengan Islam yang jelas bertentangan dalam bentuk tulisan tanpa huraian-huraian jiwa yang lebih kompleks?

Penulis bagi contoh seperti adat MANDI SAFAR.. mandi Safar ini dilakukan bertujuan untuk membuang sial atau menolak bala pada seseorang..juga kepada bakal-bakal pengantin. disebabkan kerana perkataan ‘membuang sial’ itu adat ini dihukum dengan fatwa-fatwa yang menganggap ianya menyesatkan.. Penulis percaya yang masyarakat Melayu dulu percaya dan masih utuh dengan pemahaman yang minyak tidak akan bercampur dengan air. Sekali-kalinya tidak! disinilah yang kita boleh katakan perbezaan perantaraanya dalam keperluan agama dengan tuntutan adat’. Melayu mungkin sedar yang perbuatan seperti itu khurafat tetapi mereka tidak sampai menganggap bahawa perbuatan itu boleh merosakkan Aqidah dan ketauhidan mereka kepada Allah S.W.T.

Penulis ingin menyentuh tentang keris dan silat yang sinonim dengan Melayu, mungkin ada antara kalian yang memuncungkan mulut dengan riak wajah menjengkelkan.. mungkin ada yang tersenyum sinis kerana bilamana dua perkataan ini dilihat seperti kolot dan jumud dalam abad modenisasi, tetapi ingat ini adalah dua identiti yang akan terus mengejar dan menghantui Melayu moden sekarang, mereka mungkin dihantui dengan penyesalan yang tak sudah-sudah sesudah dua identiti ini lenyap terus dari muka bumi dan akan membuatkan kembali tercari-cari jati diri dalam keadaan sasau. Keris dan silat juga bukan sahaja ditidakkan oleh segelintir Melayu moden, malah juga golongan moden yang kononnya berfikiran serta berilmu agama yang tinggi. Ditidakkannya semata-mata silat dan keris tidak ditulis di dalam Al-Quran mentelah lagi hadis-hadis sahih. Sekali lagi melacurkan agama untuk menidakkan budaya bangsa sendiri.. golongan ini juga saban hari mengkritis amalan dalam silat dan amalan berkeris, dan ada yang lebih pandai lagi menelanjangkan buah-buah silat serta kesenian adab berkeris satu persatu dengan fatwa-fatwa agama dalam perbicangan pincang diatas nama mensucikan silat dan keris dari amalan kurafat dan tahyul supaya boleh dipakai semua.

Penentangan kecil sebahagian Melayu terhadap adat Melayu dan masalah sosial yang terjadi pada Melayu sekarang bertitik tolak dari dua perkara pada pemerhatian penulis. Pertama Melayu moden berpelajaran agama tinggi secara telus mungkin berpendapat ianya datang dari satu titik.. iaitu pendidikan agama yang lemah. Di juruskan kepada perkara seperti amalan agama yang kurang di tekankan, solat 5 waktu, mengaji Al-Quran dan lain-lain lagi. Kedua, juga pendapat-pendapat longgar yang agak sedikit dangkal bunyinya dari Melayu moden seperti sebab-sebab sosial kekeluargaan seperti penceraian ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, dan lebih hebat lagi terus menerus menyalahkan dasar pemerintah serta kekurangan hak asasi manusia serta kebebasan bersuara yang di kongkong. Saya bersetuju dengan pengutaraan-pengutaraan di atas walaupun individu-individu tuan punya pendapat diatas mungkin tidak bersetuju dengan satu lagi pendapat yang saya ingin rempuhkan disini iaitu Masalah sosial (serta banyak didalam politik) Melayu sekarang ini menjadikan kita Melayu yang ‘Pandai yang tak boleh di ikut dan bodoh tak boleh diajar’. Tidak hairanlah Melayu akan terus mengamuk dan derhaka pada adat Melayu yang memandu sosial kerana rata-rata anak kecil Melayu hari ini di jaga dan di bela dengan ‘air tangan’ pembantu rumah. Anak Melayu tidak diajar adab Melayu lagi di usia sekecil itu. Juga tidak kisah la jika Melayu hari ini keras hatinya, selalu berdendam, gundah gulananya kuat dan sudah terbukti ketika keluar sahaja dari masjid ketika belum terbatalnya lagi air sembahyang Melayu sudah merusuh dan mengamuk di tengah jalan. Penulis fikir apa agaknya yang difikir diniatkan semasa sembahyang Jumaat sebelum Melayu keluar merusuh?

Di negara ini sekarang penulis melihat Islam itu di arahpandukan terhadap bangsa arab, menyerkup pemikiran yang arab itu adalah segala-galanya bagi Islam. Bila bercakap mengenai agama, Melayu sekarang seperti takut untuk menghubungkaitkannya dengan budaya adat bangsa Melayu..segala-galanya.. Jenis yang lebih condong ketimur tengah.. mungkin bagi mereka Islam ini hanya lebih dekat didekati jika pendekatan bangsa Arab, budaya Arab dan apa-apa sajalah yang mempunya perkataan Arab dikaitkan dengan Islam.. Seolah-olah Melayu ini tidak datang dari acuan Islam.. tak kira dari segi pakaian, ekonomi, pemakanan, dan banyak lagi yang penulis akan hurai. Golongan-golongan Melayu yang pro ‘Arab’ seperti hilang arah dan tidak berkeyakinan jika segalanya dari Melayu..gusar jika takut berdosa mungkin, gusar takut jika mungkin imej Melayu tidak dapat dilihat sebagai muslim.. ada yang lebih parah sehinggakan seperti mahu menjadi orang arab. Bagi Melayu jenisan ini seperti tidak Islam jika tidak nampak seperti Arab..

Penulis percaya jika drama-drama ini menjadi berterusan sehingga terbentuk satu filem pengkebumian identiti Melayu dan sub budayanya. Tiada lagi kebanggan terhadap bangsa sendiri.. Makcik-makcik di kampung juga berasa bangga dengan anak-anak yang berjubah bila bersanding di hari perkhawinan daripada bangga melihat batang tubuh anak-anak mereka dililit pakaian kebangsaan.Ingatlah yang Melayu itu lagi unik dari bangsa Arab jika di natijahkan dalam konteks Islam..bagaimana? satu perkiraan yang mudah penulis hisab disini.. Didalam Melayu hanya ada Islam sahaja..tiada pegangan lain! demikianlah kuatnya kaitan bangsa ini dengan islam..jika ada makhluk-makhluk Melayu yang murtad dengan segala hormat gugur status bangsa Melayu mereka kepada status tanpa Bangsa! Didalam perlembagaan Persektuan Tanah Melayu juga disebut yang definisi MELAYU itu adalah orang yang beragama ISLAM, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu serta adat istiadat Raja-Raja Melayu. terlalu rapat jika Melayu-Islam itu dizahirkan. tidak ada Melayu yang tidak beragama Islam. Jadi mana bisa segelintir melayu yang berkiblatkan Arab mempertahankan Islam nya arab? Bangsa Arab juga ada yang beragama kristian, beragama yahudi dan Islam.. sukar hendak di bezakan kecuali dengan amalan-amalan islam yang di tunjukkan oleh orang Arab.. Orang melayu walaupun mereka meminum Arak mereka masih lagi Islam kerana mukanya Melayu (juga keranan Melayu itu Islam-Islam itu Melayu). Jika orang Arab meminum arak sukar di pastikan agamanya adakah Islam atau tidak.. Mudahkan? Kerana itu Melayu patut berbangga dengan Bangsanya sendiri.. satu-satunya bangsa di dunia ini yang hanya mempunyai satu agama. Bagaimana Masyarakat Melayu dahulu menggauli adat budaya dengan Islam dengan cara tersendiri yang betul membuat kekukuhan Melayu-Islam-Melayu.

Bunga sireh bunga pinang,

Terima kaseh tanda sayang.

“Melayu iu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan keataatan, dari rasa saling hormat mernghormati”

~ oleh berdiridalamtunduk di Mac 3, 2010.

4 Respons to “Tujuh Selangkat (….Mencari Islam dalam Melayu)”

  1. Mohon untuk dimuatkan kedalam Blog saya.. amat menarik sekali.. http://rmf7.wordpress.com

  2. [...] “Melayu iu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan keataatan, dari rasa saling hormat mernghormati”  – Pautan [...]

  3. [...] “Melayu iu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan keataatan, dari rasa saling hormat mernghormati”  – Pautan [...]

  4. [...] “Melayu iu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan keataatan, dari rasa saling hormat mernghormati”  – Pautan [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.