Ketika kaseh bersenda di Damansara

•Mac 23, 2011 • Tinggalkan Komen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelumnya 12 purnama

bersama di sanggar dada kota

kala belum terikat syarat segala

sebingkai tatapan hadiah di baja

Demi tuhan aku dan dia

rasa ketat terikat dalam mesra

terasa setia menatap ia

kerdip bagai kunang juga terasa

normal-normal kembali ke damansara

bawa membawa segala rona

rasa tenang anta permana

tentang bunga layar sejarahnya

ingin bersayu di cantasnya segera

agar tiada cela supaya reda

santun mata meredakan lara

supaya puspa kembang sentiasa

Tasniim, jika benarlah anda bahagia

Seluruh rasamu itu kurasakan sudah.

2:27 pagi

24 mac 2011

Bandar Putra Kulai

Johor.

**Selamat hari lahir sayang

Akses Satelit Puaka

•Julai 29, 2010 • Tinggalkan Komen

ketika satelit ini berpusing

ada yang membelakanginya

sentiasa…

puas ia berpusing-pusing

lagi ramai yang membelakanginya

senantiasa….

kasihan satelit itu keseorangan

mengadap tunggal tanpa rakan

karena semuanya mereka

seperti biasa

sentiasa…

sentiasa…

dibelakangnya

sentiasa juga membelakanginya

dalam satu patah yang runtum

membelakanginya dari belakang.

41 TAHUN DALAM BALUTAN ; ANAK KIYAI DARI SELATAN

•Mei 23, 2010 • Tinggalkan Komen

Berdegar lantai kayu rumah itu

Kamit mulut zikir tak tentu

Ombak dada tersusun tanpa rasa malu


Diterima berita dari rantau

Khabar busuk bikin empunya risau

Bimbang hati selatan naik kacau


Cara dulu jadi tara timbang

Supaya langkah anak kiyai seimbang

Moga tiada akan hati yang bimbang


Adakala tercabar bila nusa diuji

Lalu anak kiyai tak tenteram diri

Bagai ada yang memetik butang api


Maka berterbanganlah bilah kersani

Dokong terbawa semerang dipanji

Lukanya hati setelah janji dimungkir janji


41 tahun dalam balutan

Harapan kiyai tak akan bentan

Selagi tiada yang bertukar syaitan


Kini kiyai sudah tiada lagi

Tegap pergi mengadap ilahi

Hanya yang tinggal cengal kendiri

Dan adab ajar kersani

Buat sarapan untuk si anak tiri.

**puisi ini sempena bulan Mei , diterjemahkan khas untuk tanggal merah 13 Mei 1969

Lantera dan Sukma

•Mac 24, 2010 • 1 Komen

dan hujan turunla semahu-mahumu

jelas menagih padaku rasa syukur

 

nada geruh dan kata

umpama bait ingat di buaian

 

namun payah diluahkan

bagai manusia mencari ilham

 

tetapi semuanya sekian dulu

ianya kembali dengan kekuatan

kekuatan diantara perantara

 

dalam gari rindunya dia menggari

menyedarkan kemulusan rantaian hati

 

dan lena terus rasa terbuai bahasa

bahasa diri dalam keagungan dia

 

jika itu ketentuan alam maya

tiada jika kerana ku telah diuja

 

akhirnya….

terima kasih pada pemberi

dari penerima rasa terperi

 

Selamat Hari Lahir Tasniim.. jiwa.. suri..

Tok Puteh;Aku sudah tiba…

•Mac 18, 2010 • 1 Komen

Semua orang tertanya-tanya

langit semakin merah dan kenapa

petanda adanya perjalanan terhenti seketika?


Dalam tertanya-tanya jawapan sudah ada sebenarnya

yang mengenali, yang mendekati tahu rasa jawabnya

tanpa rengus bicara tanpa geruh rasa..


Kedaerahan Banggor Peradong berdetik lagi

detik kematian yang tuhan janjikan

janji yang nyata tiada berbelah rasa


“Aku sudah tiba” keluh isi Tok Puteh

sedari seabad dia bernyawa selama ini

kini tiba pagi sunyi yang bukan dinihari


“Tuhan… Aku tunggu dengan penyerahan ini”

Tok Puteh sudah terlalu uzur untuk bernafas

bongkok tiganya terlalu berat berbanding sabut

rukuk dan qiam tiada bezanya

tidor dan jaga tiada maknanya


Pondok kecil itu tiangnya seribu

setia menanti kami saban tahun untuk di lawat

namun Tok Puteh tetap dengan diri dan egois

mengenali sesiapa walau tak kenal muka

suara dan gelak tali penentu

hadir kami ke sisi Tok Puteh di kenal tentu.


Pagi tadi… Kedaerahan Banggor Peradong sunyi lagi

kehilangan tua yang di kasihi tidak diratapi tapi di hormati

Bagai Agen sejarah yang tak ternilai harga diri..


Tok Puteh sudah tiba di sisi Tuhan kini

biar semilir lalu tetapi yang pastinya diri..

tiada lagi susuk unik untuk di tatap pada syawal tahun ini.


Semuga Tuhan mencucuri rahmat keatas Allayarhamah Tok Puteh.

18 mac 2010, 2:00 pagi, Banggol Peradong, Kuala Terengganu

Tujuh Selangkat (….Mencari Islam dalam Melayu)

•Mac 3, 2010 • 4 Komen

Bermula 7:00 pagi berbagai idea bagaikan dicurah ke dalam kitaran otak..puas memaksa diri untuk tidur namun tidak berjaya..seterusnya penulis mengambil keputusan untuk menulis bagi memastikan idea dan fakta yang diimbangi setara tidak hilang begitu sahaja sedari  topik ini diimaginasikan dalam kotak kitar otak. Sebelum apa-apa cetusan persepsi warga siber dibuat adalah ingin ditekankan pembacaan bahan penulisan ini perlu dibaca dan di fahami di dalam kitaran berbentuk ilmiah, berfikiran di luar tempurung serta di luar lingkungan pemikiran konvensional yang berorientasikan peperiksaan dan pedagogi-pedagogi dasar pendidikan negara untuk memastikan yang ada mungkin yang kita sudah terlewat dalam suara-suara topeng cakap tak serupa wajah.

Kitaran Melayu di negara ini dengan roh-roh dan fizikalnya begitu bergolak sehingga pengaruh-pengaruh luar banyak mengaburi Melayu itu sendiri. Ada mungkin yang jati diri telah begitu terhakis dengan laju serta cepat berikutan pengamalan-pengamalan yang berteraskan pemikiran yang suka melihat kelemahan Melayu itu sendiri sehingga terlupa di sebalik kelemahan yang sengaja dicari itu terdedah terhampar seluas langit berlaksa-laksa keampuhan corak-corak kegemilangan yang sudah berkurun lamanya tidak digali dituai bangsa Melayu itu sendiri. Tiada kesedaran, angkuh, bongkak, pemalas berlagak seperti yang bangsa sendiri ini ketinggalan jauh dari segi peradaban, sosiologi, kebudayaan, keagamaan dan segala-galanya struktur asas perjalanan tamadun bangsa.

Melayu dan Islam.. 11 aksara yang teramat berkait.. Melayu dengan adat serta Islam dengan syaraknya.. sehingga dalam Melayu terdapat persenyawaan yang diungkapkan iaitu “Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan adat” bermakna betapa dekatnya hubungan antara Islam dengan Melayu itu sendiri.. Sebelum kedatangan Islam, bangsa ini mengamalkan Hindunisme.. yang bergelumang dengan adat-adat yang jauh tak terfikir terpesongnya bangsa ini ketika itu.. Setelah Islam datang beberapa adat disaring sesuci-sucinya sesuai dengan ajaran Islam.. Maka dengan natijah itu patutkah kita membantutkan perjalanan adat Melayu kerana semata-mata ia bertentangan dengan ajaran Islam dengan hanya menyentuh teori asas, tanpa praktikaliti yang lebih mendalam, serta hubungkait adat Melayu itu dengan Islam yang jelas bertentangan dalam bentuk tulisan tanpa huraian-huraian jiwa yang lebih kompleks?

Penulis bagi contoh seperti adat MANDI SAFAR.. mandi Safar ini dilakukan bertujuan untuk membuang sial atau menolak bala pada seseorang..juga kepada bakal-bakal pengantin. disebabkan kerana perkataan ‘membuang sial’ itu adat ini dihukum dengan fatwa-fatwa yang menganggap ianya menyesatkan.. Penulis percaya yang masyarakat Melayu dulu percaya dan masih utuh dengan pemahaman yang minyak tidak akan bercampur dengan air. Sekali-kalinya tidak! disinilah yang kita boleh katakan perbezaan perantaraanya dalam keperluan agama dengan tuntutan adat’. Melayu mungkin sedar yang perbuatan seperti itu khurafat tetapi mereka tidak sampai menganggap bahawa perbuatan itu boleh merosakkan Aqidah dan ketauhidan mereka kepada Allah S.W.T.

Penulis ingin menyentuh tentang keris dan silat yang sinonim dengan Melayu, mungkin ada antara kalian yang memuncungkan mulut dengan riak wajah menjengkelkan.. mungkin ada yang tersenyum sinis kerana bilamana dua perkataan ini dilihat seperti kolot dan jumud dalam abad modenisasi, tetapi ingat ini adalah dua identiti yang akan terus mengejar dan menghantui Melayu moden sekarang, mereka mungkin dihantui dengan penyesalan yang tak sudah-sudah sesudah dua identiti ini lenyap terus dari muka bumi dan akan membuatkan kembali tercari-cari jati diri dalam keadaan sasau. Keris dan silat juga bukan sahaja ditidakkan oleh segelintir Melayu moden, malah juga golongan moden yang kononnya berfikiran serta berilmu agama yang tinggi. Ditidakkannya semata-mata silat dan keris tidak ditulis di dalam Al-Quran mentelah lagi hadis-hadis sahih. Sekali lagi melacurkan agama untuk menidakkan budaya bangsa sendiri.. golongan ini juga saban hari mengkritis amalan dalam silat dan amalan berkeris, dan ada yang lebih pandai lagi menelanjangkan buah-buah silat serta kesenian adab berkeris satu persatu dengan fatwa-fatwa agama dalam perbicangan pincang diatas nama mensucikan silat dan keris dari amalan kurafat dan tahyul supaya boleh dipakai semua.

Penentangan kecil sebahagian Melayu terhadap adat Melayu dan masalah sosial yang terjadi pada Melayu sekarang bertitik tolak dari dua perkara pada pemerhatian penulis. Pertama Melayu moden berpelajaran agama tinggi secara telus mungkin berpendapat ianya datang dari satu titik.. iaitu pendidikan agama yang lemah. Di juruskan kepada perkara seperti amalan agama yang kurang di tekankan, solat 5 waktu, mengaji Al-Quran dan lain-lain lagi. Kedua, juga pendapat-pendapat longgar yang agak sedikit dangkal bunyinya dari Melayu moden seperti sebab-sebab sosial kekeluargaan seperti penceraian ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, dan lebih hebat lagi terus menerus menyalahkan dasar pemerintah serta kekurangan hak asasi manusia serta kebebasan bersuara yang di kongkong. Saya bersetuju dengan pengutaraan-pengutaraan di atas walaupun individu-individu tuan punya pendapat diatas mungkin tidak bersetuju dengan satu lagi pendapat yang saya ingin rempuhkan disini iaitu Masalah sosial (serta banyak didalam politik) Melayu sekarang ini menjadikan kita Melayu yang ‘Pandai yang tak boleh di ikut dan bodoh tak boleh diajar’. Tidak hairanlah Melayu akan terus mengamuk dan derhaka pada adat Melayu yang memandu sosial kerana rata-rata anak kecil Melayu hari ini di jaga dan di bela dengan ‘air tangan’ pembantu rumah. Anak Melayu tidak diajar adab Melayu lagi di usia sekecil itu. Juga tidak kisah la jika Melayu hari ini keras hatinya, selalu berdendam, gundah gulananya kuat dan sudah terbukti ketika keluar sahaja dari masjid ketika belum terbatalnya lagi air sembahyang Melayu sudah merusuh dan mengamuk di tengah jalan. Penulis fikir apa agaknya yang difikir diniatkan semasa sembahyang Jumaat sebelum Melayu keluar merusuh?

Di negara ini sekarang penulis melihat Islam itu di arahpandukan terhadap bangsa arab, menyerkup pemikiran yang arab itu adalah segala-galanya bagi Islam. Bila bercakap mengenai agama, Melayu sekarang seperti takut untuk menghubungkaitkannya dengan budaya adat bangsa Melayu..segala-galanya.. Jenis yang lebih condong ketimur tengah.. mungkin bagi mereka Islam ini hanya lebih dekat didekati jika pendekatan bangsa Arab, budaya Arab dan apa-apa sajalah yang mempunya perkataan Arab dikaitkan dengan Islam.. Seolah-olah Melayu ini tidak datang dari acuan Islam.. tak kira dari segi pakaian, ekonomi, pemakanan, dan banyak lagi yang penulis akan hurai. Golongan-golongan Melayu yang pro ‘Arab’ seperti hilang arah dan tidak berkeyakinan jika segalanya dari Melayu..gusar jika takut berdosa mungkin, gusar takut jika mungkin imej Melayu tidak dapat dilihat sebagai muslim.. ada yang lebih parah sehinggakan seperti mahu menjadi orang arab. Bagi Melayu jenisan ini seperti tidak Islam jika tidak nampak seperti Arab..

Penulis percaya jika drama-drama ini menjadi berterusan sehingga terbentuk satu filem pengkebumian identiti Melayu dan sub budayanya. Tiada lagi kebanggan terhadap bangsa sendiri.. Makcik-makcik di kampung juga berasa bangga dengan anak-anak yang berjubah bila bersanding di hari perkhawinan daripada bangga melihat batang tubuh anak-anak mereka dililit pakaian kebangsaan.Ingatlah yang Melayu itu lagi unik dari bangsa Arab jika di natijahkan dalam konteks Islam..bagaimana? satu perkiraan yang mudah penulis hisab disini.. Didalam Melayu hanya ada Islam sahaja..tiada pegangan lain! demikianlah kuatnya kaitan bangsa ini dengan islam..jika ada makhluk-makhluk Melayu yang murtad dengan segala hormat gugur status bangsa Melayu mereka kepada status tanpa Bangsa! Didalam perlembagaan Persektuan Tanah Melayu juga disebut yang definisi MELAYU itu adalah orang yang beragama ISLAM, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu serta adat istiadat Raja-Raja Melayu. terlalu rapat jika Melayu-Islam itu dizahirkan. tidak ada Melayu yang tidak beragama Islam. Jadi mana bisa segelintir melayu yang berkiblatkan Arab mempertahankan Islam nya arab? Bangsa Arab juga ada yang beragama kristian, beragama yahudi dan Islam.. sukar hendak di bezakan kecuali dengan amalan-amalan islam yang di tunjukkan oleh orang Arab.. Orang melayu walaupun mereka meminum Arak mereka masih lagi Islam kerana mukanya Melayu (juga keranan Melayu itu Islam-Islam itu Melayu). Jika orang Arab meminum arak sukar di pastikan agamanya adakah Islam atau tidak.. Mudahkan? Kerana itu Melayu patut berbangga dengan Bangsanya sendiri.. satu-satunya bangsa di dunia ini yang hanya mempunyai satu agama. Bagaimana Masyarakat Melayu dahulu menggauli adat budaya dengan Islam dengan cara tersendiri yang betul membuat kekukuhan Melayu-Islam-Melayu.

Bunga sireh bunga pinang,

Terima kaseh tanda sayang.

“Melayu iu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan keataatan, dari rasa saling hormat mernghormati”

DIPLOMASI DUA FREKUENSI..

•September 29, 2009 • 3 Komen

76765583vd1[1]

petang ahad sedikit cerah 2 hari selepas kemerdekaan ke 50 malaysia, bertempat di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC aku telah menyaksikan satu pertembungan 2 bawaan akar seni.. dengan bayaran akses rm40 untuk menyaksikan jangkaan keputusan apa yang bakal terjadi pabila sebuah kumpulan Wayang Kulit berkololobrasi dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Kumpulan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah yang berakar umbi dari Machang, Kelantan dengan di terajui oleh Tok Dalang Saupi bin Isa bersama awak-awak yang memacu serunai,gendang ibu, gendang anak dan kepingan-kepingan patung belulang..dan MPO yang di tunjang oleh Matthias Bamert sebagai konduktor pada hari itu…

tiada apa yang boleh digambarkan selain daripada cukup takjub dan mengujakan saya.. terlampau ifiniti untuk intipati nya di luahkan… bayangkan satu medium barat yang sedikit ada perasa ego menjadi mendatar setelah dirumus dengan sulaman teknik timur melayu yang sedikit mellow dan sopan lenggoknya.. bukan kerana untuk melacurkan seni wayang kulit itu sendiri secara terasnya… hanya sebuah kajian dan pembangunan jika kedua-duanya di rojakkan untuk mencari nafas baru.. dan nyata tidak ada salahnya biler aku sendiri dapat merasakan kelazatannya..

berpaksikan kerusi di bahagian penjuru kiri dewan sebelah atas sekali menghadap pentas, satu sudut terbaik dalam lingkungan skala 15 meter untuk kepuasan kanta mata saya melayan persembahan yang julung kali itu…secara keseluruhan lebih dari 3/4 pentas dapat dilihat kecuali tok dalang dan beberapa pemain gendang, hanya peniup serunai, jentera kedua terpenting dalam persembahan wayang kulit jelas kelihatan bersila tertib di sebalik kanvas putih..

persembahan dimulakan dengan para awak-awak (definisi yang terhampir saya rasakan untuk tulang belakang wayang kulit selain tok dalang walapun terma awak-awak lebih tepat untuk penari dalam dikir barat dan sekumpulan manusia yang pergi kelaut dalam sebuah tongkang mencari ikan) berbaris sambil berkaki ayam masuk ke pentas.. posisi di ambil dan sejurus itu peniup serunai berserunai solo dengan hela yang amat panjang diselang seli lenggokkan perubahan key, not dan kod,, seketika itu kesemua pemain bagaikan di program dengan satu suis menyerentakkan adunan muzik dari belakang tirai.. agak lama juga, kiraan saya hampir 15 minit di peruntukkan untuk upacara bukak panggung/pentas, kelaziman yang biasa dilakukan sebelum satu persembahan itu dimulakan.. juga di kenali sebagai baca mentera bagi2 kalangan yang sudah dewasa dengan wayang kulit. lampu digelapkan ketika itu, hanya terpaan cahaya menyuluh dari belakang tirai putih yang menyembunyikan tok dalang dan awak-awaknyer dari penglihatan saya.

Lampu di pasang kembali dengan agak cerah, selang beberapa saat mentera habis di mainkan, sekumpulan manusia berserba hitam masuk perlahan-lahan dari arah kiri dan kanan pentas membawa senjata masing2 seperti biola, cello, double bass, seruling besi, trompet serta trombon.. mengambil posisi masing-masing.
serentak dengan itu Matthias Bamert, konduktor yang bertugas untuk MPO masuk gah dengan sebatang kayu arahan berjalan mampir ke depan pentas, menunduk memberi hormat kepada saya dan penonton lain dan langsung membontoti kami selepas itu utnuk memberi arahan kepada pemuzik2nya..

lantas dimulakan dengan muzik wayang kulit dan disusuli ranum muzik orkestra… agk ganjil pada permulaan sehinggakan pada satu tona suara tok dalang, seperti satu entrance memberi laluan kepada karekter muzik orkestra itu masuk menggauli dan membenarkan kandungan kedua-dua versi itu bercampur aduk sehingga menjadi satu resipi baru!! perghhh…!! kejar mengejar, bersahut-sahutan, keluar masuk, serap-menyerap, kesana-kemari bersama2 dua irama itu berkolobrasi… tapi yang nyata ianya tak menjadi satu, dan saya masih dapat merasakan perbezaan antara wayang kulit dan orkestra..anda cuba bayangkan sebuah kamus terjemahan yang terhasil dari binaan-binaan 2 plot serta sub-sub plot yang berlainan dan berlewanan akar karyanya menterjemahkan segalanya dalam satu maksud yang tiada bentuk,tiada jawapan tapi kita boleh menerima kelogikannya. ianya seperti entiti baru yang memenuhi ruang-ruang atmosfera dewan itu.. struktur melengkung bumbung dewan yang semamang nya banyak membantu memandu irama-irama tersebut berlegar-legar menari kencang mengelilingi kepala saya, berjaya untuk menstatikkan ketujuh-tujuh pancaindera saya memberi sepenuh perhatian kepada persembahan itu, hilang rasa lapar dan bayangan rojak mamak yang saya angankan 2 jam sebelum persembahan bermula seakan-akan menjadi ramuan basi yang saya takkan endahkan jika secara zahirnya rojak itu ada dihadapan saya secara tiba2…seperti di pukau tapi tidak merasa sasau sebaliknya terasa enak yang tak terperi layaknya.. susah nak di maksud kan secara tulisan dan lisan rasanya.. dari kebiasaan wayang kulit yang saban umur kita dengar setidak-tidaknya melalui tv di sahut muziknya dengan alunan orkestra berkapasiti tinggi yang secara dasarnya berpaksikan kepada undang-undang bar, buku-buku nota muzik, susunan irama yang terasa rimas dan terikat dengan peraturan2 ciptaan manusia.. sedangkan wayang kulit tiada undang-undang, tiada kompromi muzik mereka, masing2 dengan peranan masing yang dijiwai dari hati, bayang-bayang patung belulang yang nampak hitam dikontraskan dengan kanvas putih yang terlalu dalam imejnya walhal disebalik tabir kanvas itu ianya adalah belulang yang meriah dengan warna-warna yang dipalitkan kepada permukaannya,…hmm …HITAM dan PUTIH TETAP INDAH BILA KITA KENAL WARNANYA..kisah penceritaan tok dalang dan penyampaian turun temurun dari genersi terdahulu.. hanya MPO dan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah antara dua tiada tiga, tiada sekatan, tiada persetujuan secara konvensional, terlalu tipikal, terlalu menyerlah radikalnya mencerobohi dan mencabar dasar hukum kreatif.. ketika itu lah saya terasa benar dengan dasar seni iaitu “art is totally subjective” sesiapa sahaja mampu memuji,sesiapa sahaja mampu mencaci dan sesiapa pun mampu berdiam dan membenarkan ianya berlaku..

penceritaan yang lazim dan tersohor dalam wayang kulit iaitu kisah sang hanuman, (menatang beghok berkepala putih), sita dewi (kalu tak silap), baginda seri rama di alunkan lunak oleh dalang saufi bin isa.. Matthias Bamet pula seakan2 mengerti ceritera dongeng itu lembut melentik jari memandu pemuzik-pemuzik di bawah regimnya.. sejarah mungkin tercipta pada hari itu sebagai hari ahad 2september 2007 sebagai saksi, muzik MPO dan Kumpulan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah sebagai yang terduduh dan pihak pendakwaraya, Tok Dalang Saupi bin Isa dan Matthias Bamet sebagai peguamcara dan peguam bela, Dewan Filharmonik Petronas sebagai mahkamah seni malaya, saya dan seorang lagi rakan saya sebagai hakim yang menjatuhkan hukuman… namun tiada hukuman yang mampu saya dan rakan saya jatuh kan pada hari penuh kejutan, kehebatan,tenang dengan langit sedikit cerah mendung (lawo beb langit ari tu).. tiada kata pemutus TIADA KEPUTUSAN HANYA PEMAHAMAN.. kerana percikan optimisma diplomasi itu terlalu kuat getarannya..terlalu relevan…SELAMAT MALAM MALAYA…
83365040aq5[1]

nota1* kolobrasi gila ini telah dirancangkan dan dibangunkan semenjak disember 2006 semata-mata untuk dipertontonkan sempena kemerdekaan yang ke 50 malaysia…

nota2* Kumpulan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah adalah kumpulan wayang kulit tersohor dari machang kelantan yang waktu dulunya diterajui oleh Allahyarham Awang Dollah Baju Merah (Pak Dollah) yang pernah menerima BOH Cameronian Lifetime Archivement Award pada 4th Annual BOH Cameronian Arts Awards 2005

nota3* Terima kasih pada Pae pasal sudi join sekali aku tengok show ni, nasib baik tiada adengan kejar-mengejar