41 TAHUN DALAM BALUTAN ; ANAK KIYAI DARI SELATAN

Berdegar lantai kayu rumah itu

Kamit mulut zikir tak tentu

Ombak dada tersusun tanpa rasa malu


Diterima berita dari rantau

Khabar busuk bikin empunya risau

Bimbang hati selatan naik kacau


Cara dulu jadi tara timbang

Supaya langkah anak kiyai seimbang

Moga tiada akan hati yang bimbang


Adakala tercabar bila nusa diuji

Lalu anak kiyai tak tenteram diri

Bagai ada yang memetik butang api


Maka berterbanganlah bilah kersani

Dokong terbawa semerang dipanji

Lukanya hati setelah janji dimungkir janji


41 tahun dalam balutan

Harapan kiyai tak akan bentan

Selagi tiada yang bertukar syaitan


Kini kiyai sudah tiada lagi

Tegap pergi mengadap ilahi

Hanya yang tinggal cengal kendiri

Dan adab ajar kersani

Buat sarapan untuk si anak tiri.

**puisi ini sempena bulan Mei , diterjemahkan khas untuk tanggal merah 13 Mei 1969

~ oleh berdiridalamtunduk di Mei 23, 2010.

Tinggalkan komen